PENGUMUMAN
Pertukaran Saiz / Ukuran untuk KATEGORI 1 : TERBUKA
Dimaklumkan bahawa pihak penganjur Anugerah Seni MRCB 2008 telah menukar saiz / ukuran untuk Kategori 1: Terbuka daripada :-
Minimum 4 kaki x 4 kaki kepada MAKSIMUM 5 kaki x 5 kaki.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi MRCB di 03 - 2773 8926
SATU PROGRAM AMAL UNTUK KOMUNITI
Kami mengalu-alukan penyertaan semua warganegara Malaysia dalam pertandingan amal ini untuk meluahkan perasaan
cinta terhadap alam sekitar melalui lukisan.
ALAM SEKITAR KITA, MASA DEPAN SEMUA
Program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran seluruh rakyat Malaysia dalam pemeliharaan alam sekitar serta menggalakkan keseimbangan antara keperluan pembangunan dengan pengekalan alam sekitar.
Pertandingan bermula dari 17 Julai dengan semua penyertaan boleh dihantar ke cawangan-cawangan Nationwide Express Courier Services Bhd di Malaysia bermula dari 15 September sehingga tarikh tutup penyertaan pada 15 Oktober 2008. |