MRCB ANUGERAH SENI 2008
SATU PROGRAM AMAL UNTUK KOMUNITI
Kami mengalu-alukan penyertaan semua warganegara Malaysia dalam pertandingan amal ini untuk meluahkan perasaan
cinta terhadap alam sekitar melalui lukisan.
ALAM SEKITAR KITA, MASA DEPAN SEMUA
Program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran seluruh rakyat Malaysia dalam pemeliharaan alam sekitar serta menggalakkan keseimbangan antara keperluan pembangunan dengan pengekalan alam sekitar.
Pertandingan bermula dari 17 Julai dengan semua penyertaan boleh dihantar ke cawangan-cawangan Nationwide Express Courier Services Bhd di Malaysia bermula dari 15 September sehingga tarikh tutup penyertaan pada 1 November 2008.
|