- Semua penyertaan mestilah disertakan dengan Borang Penyertaan
dan Borang Pelepasan Hakmilik yang boleh diperolehi melalui
suratkhabar Berita Harian, New Straits Times, Harian Metro, sekolah-sekolah
menengah, cawangan-cawangan Nationwide Express Courier
Services Bhd di Malaysia serta di cawangan terpilih Maybank.
Maklumat lanjut dan borang penyertaan juga boleh diperolehi melalui
laman web www.mrcb.com.my/seni. Borang hendaklah diisi lengkap
dengan butiran peribadi peserta. Butiran peribadi ini tidak akan
didedahkan kepada mana-mana pihak kerana hanya bertujuan untuk menghubungi peserta yang telah berjaya sahaja.
- Setiap penyertaan hendaklah dihantar dengan hasil karya dibalut atau
dibungkus dengan selamat ke cawangan Nationwide Express
Courier Services Bhd di seluruh Malaysia bermula dari 15
September 2008 sehingga tarikh tutup penyertaan pada 15
Oktober 2008 (Rabu). Pihak penganjur tidak akan
bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan yang lewat, hilang
atau rosak semasa proses penghantaran. Bukti penghantaran
bukanlah bukti penerimaan.
- Alternatif lain adalah dengan menghantar sendiri hasil karya anda
kepada Shazlina Mohd Suffian atau Loo Siew Peng, Hal Ehwal
Korporat dan Komunikasi, Maybank, Menara Maybank, 100, Jalan
Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur (Tel: 03-2074 8179/ 03-2074 7780)
bermula dari 15 September 2008 hingga 15 Oktober 2008.
- Penyertaan melalui sekolah hendaklah dipersetujui dan ditandatangani
oleh ibubapa/penjaga dan pihak sekolah manakala penyertaan melalui
persatuan mestilah mendapat pengesahan persatuan.
- Setiap penyertaan mestilah lengkap dengan tajuk karya,
keterangan/mesej karya dan kategori penyertaan.
|