Syarat Kelayakan: Penyertaan terbuka kepada semua peringkat
pelukis warganegara Malaysia termasuklah pelajar, orang kurang
upaya serta mereka yang meminati bidang ini.
- Borang Penyertaan: Semua penyertaan mestilah disertakan dengan
Borang Penyertaan dan Borang Pelepasan Hakmilik yang telah
lengkap diisi. Pelajar-pelajar sekolah menengah tidak boleh
menyertai Kategori Terbuka. Penyertaan yang tidak memenuhi
syarat & peraturan pertandingan akan terbatal secara automatik.
Salinan fotokopi borang penyertaan diterima.
- Bilangan Penyertaan: Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar
maksimum tiga penyertaan sahaja dan setiap penyertaan
hendaklah dihantar menggunakan borang yang berasingan.
- Subjek: Tema yang dipertandingkan adalah “Alam Sekitar Kita,
Masa Depan Semua”. Sila beri penerangan/mesej mengenai
hasil karya dan bagaimana ia berkait dengan tema pertandingan
ini. Pertandingan ini bukan berbentuk poster. Peserta dilarang
melukis tema pertandingan di dalam hasil karya anda.
- Hasil Karya & Penghantaran: Hasil karya mestilah asli daripada
peserta sendiri dan tidak pernah dihantar kemana-mana pertandingan
atau pameran di peringkat tempatan ataupun antarabangsa sebelum
ini. Hasil karya mestilah dihantar tidak berlipat (unfolded), boleh dialas
tampal (mounted) ataupun tidak, berbingkai (framed) ataupun tidak dan boleh digulung dan diletakkan di dalam pembekas khas (casing).
- Identifikasi Karya: Setiap hasil karya hendaklah mudah dikenal pasti
dan dilabel dengan jelas di belakang bahagian atas kanan karya
dengan menyatakan tajuk karya, nama penuh, alamat, kategori
penyertaan, ukuran/saiz karya, bahantara, keterangan/mesej karya,
nombor telefon dan e-mel. Identifikasi ini mestilah jelas dan sama
dengan Borang Penyertaan sekiranya Borang Penyertaan dan hasil
karya terpisah.
- Pengadilan: Penyertaan akan diadili oleh panel berpengalaman yang
dilantik. Kriteria pengadilan adalah berdasarkan kepada karya yang
menepati tema, kemahiran menggunakan warna, ketepatan dari segi
mesej yang ingin disampaikan, kesesuaian bahantara yang digunakan
serta ketinggian seni artistiknya. Para pemenang akan diumumkan
pada ‘Malam Gala Anugerah Seni MRCB 2008’. Pemenang pertama
bagi kategori terbuka akan dijemput untuk menyertai pameran solo.
Keputusan hakim adalah muktamad dan segala bantahan serta
surat menyurat tidak akan dilayan.
- Hilang, Rosak dan Pemulangan Hasil Karya: Pihak penganjur tidak
akan bertanggungjawab ke atas mana-mana hasil karya yang hilang
atau rosak semasa proses penghantaran. Semua hasil karya yang
menang akan menjadi hakmilik penganjur manakala karya yang tidak
memenangi pertandingan tidak boleh dituntut semula dan akan
menjadi hakmilik penganjur.
- Hakmilik Karya: Dengan menyertai pertandingan ini, setiap peserta
bersetuju untuk memberi hakmilik karya kepada pihak penganjur,
tidak boleh menuntut atau mengenakan sebarang bayaran
royalti terhadap sebarang penerbitan dan pihak penganjur
berhak menggunakan hasil karya tersebut dalam apa jua cara
sekalipun termasuk dalam mana-mana media di seluruh dunia.
- Penghasilan Semula Karya: Pihak penganjur berhak
mengeluarkan semula hasil karya tanpa apa-apa bayaran
kepada peserta, berhak menggunakan informasi pemenang dalam membuat sebarang laporan mengenai pertandingan ini
dan untuk tujuan pengiklanan pada pertandingan yang sama
pada masa depan.
- Penjualan Hasil Karya: Pihak penganjur juga berhak untuk
mempamerkan, melelong ataupun menjual hasil karya yang
menang serta yang terpilih untuk tujuan kebajikan tanpa
memberikan sebarang notis atau tuntutan bayaran kepada
peserta.
- Kos: Setiap penyertaan adalah percuma. Pihak penganjur tidak akan
bertanggungjawab ke atas bayaran pengangkutan, bayaran lain
yang terlibat serta kos kehadiran peserta ke sebarang majlis
pertandingan ini.
- Peraturan: Dengan menghantar penyertaan ini, peserta atau
ibubapa/penjaga atau pihak sekolah atau persatuan (yang mana
berkenaan) bersetuju bahawa mereka adalah tertakluk di bawah
syarat & peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
|